"Polis telah mengenal pasti kesemua kenderaan terlibat dan memohon kerjasama pemilik kenderaan ini untuk hadir ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa (19 Jul).
Beliau turut menyenaraikan nombor pendaftaran dan warna kereta mewah yang terlibat dalam kejadian berkenaan iaitu SLW3839P berwarna kuning, EN403M (putih), SKH3888M (merah), SMG80C (merah), SBA479Z (hitam), SMZ986P (kuning) dan SNF19A (putih).
Katanya, kes disiasat mengikut Kaedah 6(1) LN166/59 bagi kesalahan memotong secara berbahaya.
Supt Hussin turut menasihatkan orang ramai agar lebih bersabar dalam pemanduan dan menjadi pemandu berhemah tanpa melakukan aksi yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya lain.
Terdahulu, dua video berdurasi 1 minit 17 saat dan 1 minit 58 saat tular di media sosial menunjukkan rakaman sekumpulan tujuh kereta mewah berkonvoi dan memotong kenderaan lain sehingga mendatangkan bahaya terhadap pengguna jalan raya.