Malah, fakta yang baru diterima ini menunjukkan Taycan menerima sejumlah pendaftaran minat yang cukup besar daripada para pelanggan Porsche sedia ada dan juga pelanggan baharu.
Kenyataan ini turut disahkan oleh presiden dan CEO Porsche Amerika Utara, Klaus Zellmer yang menyebut, "sekiranya jumlah pra-tempahan tersebut berjaya direalisasikan, kami sebenarnya berjaya menjual habis kesemua unit Taycan untuk tahun pertama!"
Tambah beliau lagi, sebahagian daripada mereka yang mendaftarkan minat tidak pernah memiliki kenderaan Porsche, malah ia hadir daripada para pelanggan Audi, BMW, Mercedes dan majoritinya daripada para pemilik Tesla.