Porsche 911 generasi ke-8: Nampak serupa, tapi lebih berkuasa

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Porsche telah melancarkan generasi terkini model ikonik mereka, 911 (nama kod model 992).

Pelancaran diadakan di Pameran Motor Los Angeles, US dan walaupun bentuknya seakan sama walaupun ada penampahan baharu yang lebih segar, pembaharuan sebenarnya ialah di bahagian nadi dan jantungnya - enjin-enjin serba baharu yang jauh lebih berkuasa.

Enjin flat-6 3.0L turbo dengan enam silinder berbaring dan berlawanan itu diperbaharui dengan sistem suntikan bahanapi yang lebih efisien. Ia juga menghasilkan 30 hp lebih dari sebelumnya, menjadikan kuasa maksimum sekarang untuk Carrera S dan Carerra 4S (4WD) kepada 444 hp.

 

 

Dengan transmisi dwi-klac yang dikemaskini, pecutan 0-100 kmsj ialah 3.7 saat untuk Carrera S dan 3.6 saat untuk Carrera 4S, 0.4 saat lebih pantas dari model-model terdahulu.

Pecutan boleh disingkatkan lagi kepada 0.2 saat sekiranya ia dilengkapi dengan pakej Sport Chrono (pakej ini sering diambil oleh Porsche Malaysia sebagai kelengkapan standard).

Halaju maksimum pula ialah 307 kmsj untuk Carrera S dan 306 kmsj untuk varian Carrera 4S yang lebih berat.

Sebenarnya, bentuknya yang seakan sama itu membuatkan ramai terlupa bahawa Porsche telah mengubah struktur platform 991 ini.

Contohnya, bahagian kerangka belakang kini mempunyai lebih banyak komponen aluminium dan sekarang mampu memuatkan sistem stereng roda belakang untuk kedua-dua Carrera S dan Carrera 4S.

Evolusi bentuk 911 baharu yang bermula sejak tahun 1963 itu adalah hasil dari ketua rekabentuk Porsche, Michael Mauer yang juga bertanggung jawab kepada rekabentuk semua produk di bawah Kumpulan Volkswagen.

 

 

Muncung hadapan semakin panjang, sementara lampu utama sebenarnya lebih bulat dari dahulu. Teknologi OLED digunakan untuk lampu belakang, mirip seperti model-model Porsche yang lain.

Jarak roda dikatakan lebih panjang sementara dimensi sebenar dipercayai lebih besar.

Porsche sebenarnya hanya mengesahkan bahawa jarak trek antara roda hadapan ialah 45mm lebih lebar. Dimensi lain masih tidak diumumkan.

 

 

Bahagian kabin masih nampak serupa dengan panel meter lima muka dikekalkan (muka tengah kini ialah meter analog kelajuan enjin).

Penggunaan sistem elektrik 12V baharu membolehkan Porsche menggunakan beberapa teknologi bantuan pemanduan terkini. Antaranya ialah pengesan air di mana jika air dikesan di atas jalanraya, sistem stabiliti Porsche akan mengubah sedikit cara pemanduan.

Pastinya model 991 ini akan dilancarkan di Malaysia kelak.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kira-kira 858 Taycan pada mulanya dikenal pasti berisiko dan ditarik balik pada bulan Januari,…
Berita Domestik
Lokasi itu terletak di dalam kawasan ladang sawit berhampiran dengan sebuah kampung yang terletak…
Berita Global
Secara teknikal, Taycan Turbo GT menghasilkan 777 HP dan 1,339 Nm, namun ia boleh dipertingkatkan…