Menurut CEO Mate Rimac yang kekal sebagai pemegang utama pegangan di dalam syarikat tersebut berkata, langkah tersebut merupakan salah satu strategi Rimac untuk menjadi pembekal teknologi EV terulung di dalam dunia.
Porsche berharap dengan pembelian pegangan di dalam Rimac akan mencetuskan kerjasama di antara kedua jenama tersebut, walaubagaimanapun perincian kerjasama tersebut masih belum diumumkan oleh kedua-dua syarikat tersebut.
Sepertimana yang kita semua maklum, Porsche dijangka bakal melancarkan kereta elektrik pertama mereka, Taycan berkuasa 600 bhp yang disalurkan oleh dua motor elektrik setiap gandar dan mampu memecut sepantas 3.5 saat dari pegun ke 100 km/j.
Mungkin dengan pegangan Porsche di dalam Rimac, kita semua mungkin bakal menyaksikan gabungan kedua jenama tersebut mampu menjadikan Taycan lebih berprestasi berbanding spesifikasi awalan yang dikeluarkan oleh Porsche.
Sumber: TopGear