Ia sebenarnya satu perkara yang sudah dijangka, memandangkan permintaan terhadap bentuk badan wagon/estate tidak lagi meriah.
Dalam satu temubual bersama Automotive News Europe, wakil jurucakap Porsche menjelaskan model Sport Turismo hanya memainkan peranan kecil di dalam pasaran utama seperti China dan US.
“Disebabkan itu, kami membuat keputusan untuk menghentikan penawaran varian (Sport Turismo) pada model generasi baharu Porsche Panamera ini.
Sementara itu, laman Autocar mendedahkan peratusan jualan bagi model Sport Turismo hanyalah bawah 10 peratus sahaja jika dibandingkan dengan varian sedan fastback.
Jadi, jika anda masih mahukan sebuah Porsche dengan garis bumbung yang panjang, anda masih lagi boleh mendapatkan Porsche Taycan Sport Turismo atau versi Cross Turismo yang lebih agresif dan boleh dibawa masuk laluan off-road ringan.
Sumber: Automotive News Europe, Autocar