Malah, kisah menjadi semakin menarik apabila Ghosn berjaya melepaskan diri dari tahanan di Jepun dan mengambil pesawat peribadi untuk berlindung di negara sendiri, Lubnan.
Menurut jurucakap bagi pihak Carlos Ghosn, bekas pengerusi Nissan tersebut kini bekerja dengan Michael Ovits, pengasas Creative Artists Agency dan bekas presiden Walt Disney untuk meneroka projek filem dan televisyen.
Ovitz walaubagaimanapun tidak memberikan respon serta merta ketika ditanya.
Ghosn kini menghadapi empat pertuduhan jenayah di Jepun, dimana sabit kesalahan mampu membuatkan beliau merengkok di dalam penjara lebih daripada sedekad.
Setelah berjaya melarikan diri ke Lubnan menggunakan jet peribadi, Ghosn dalam satu kenyataan menafikan kesemua pertuduhan, dan menganggapnya sebagai salah satu konspirasi yang disusun oleh eksekutif Nissan dan kerajaan Jepun bagi menghalang gabungan Nissan dengan syarikat Renault.
Sebelum timbul berita mahu mengabadikan kisah beliau ke dalam sebuah filem, cerita Ghosn sebenarnya pernah dibukukan dalam sebuah komik yang menceritakan stail pengurusannya ketika berjaya menaikkan kembali nama Nissan.
Sumber: Automotive News Europe