Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu memasang cermin gelap sehingga 5,000 unit kenderaan sebulan.
Pemasangan cermin gelap keselamatan mula diperkenalkan sebagai aksesori standard untuk varian Flagship dan Premium Proton X90 apabila ia dilancarkan pada 7 Mei 2023.
Ia turut diulangi untuk Proton S70 varian Flagship dan Flagship X yang dilengkapi dengan cermin gelap keselamatan sebagai sebahagian daripada pakej aksesori standard.
Pilihan itu akan ditawarkan kepada model lain dalam masa terdekat kerana PROTON sentiasa berusaha untuk memberikan nilai tambahan kepada para pelanggan.
Terdapat banyak kelebihan apabila pemasangan cermin gelap dikendalikan oleh OEM berbanding dengan pemasangan selepas pembelian kenderaan.
Ia adalah seperti ketepatan dan kemasan yang lebih baik menggunakan cetakan pra-potong, serta menjaga jaminan kualiti yang ketat.
Selain itu, ia turut mematuhi kepada peraturan JPJ dan mencegah dari kerosakan sekunder yang biasanya dikaitkan dengan pemasangan selepas pasaran.
Pelanggan juga boleh menikmati waranti ‘mileage’ tanpa had selama 5 tahun untuk semua perkhidmatan pemasangan cermin gelap.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, “Pembukaan pusat pemasangan cermin gelap baharu kami di Tanjung Malim adalah satu langkah penting ke arah komitmen PROTON untuk menyampaikan produk berkualiti dan nilai tambahan kepada pelanggan kami.
“Dengan kapasiti pemasangan sebanyak 5,000 unit kenderaan sebulan, pusat ini juga bersedia untuk menghadapi sebarang peningkatan volum dalam jangka masa pendek” katanya.