Filem pendek itu dihasilkan dengan kerjasama Elite Definition Sdn Bhd, pengedar eksklusif untuk Penyegar Udara Little Joe di Malaysia.
Dalam filem pendek Hari Raya PROTON tahun ini, ia mempamerkan model segmen-C popular syarikat, Proton S70 terbaharu, serta cawangan 3S/4S yang menawarkan perkhidmatan selepas jualan terkemuka.
Filem yang berdurasi selama 22 minit itu menampilkan pelakon popular Malaysia iaitu Shaheizy Sam, Sharifah Amani dan Fauziah Ahmad Daud di bawah arahan pelakon dan pengarah tempatan, Pekin Ibrahim.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata “PROTON memutuskan untuk bekerjasama dengan Penyegar Udara Little Joe untuk menghasilkan filem pendek Hari Raya kami tahun ini selepas melakukannya secara persendirian selama dua tahun.
Membuat penampilan sulungnya pada tahun 2022, dua edisi pertama filem pendek Hari Raya PROTON berkisarkan tema yang dikenali peminat Proton.
Filem pertama adalah berdasarkan lagu Hari Raya PROTON lama manakala filem tahun lepas memaparkan kisah Sarjan Ismail Jaafar, pencipta nama Proton Saga sempena syarikat menyambut ulang tahun ke-40nya.
Untuk tahun 2024, jalan ceritanya berkisar pada tema yang lebih umum mengenai masa bersama keluarga, pengorbanan yang dilakukan serta kehilangan semasa sambutan Hari Raya.
Pada masa yang sama, terdapat rujukan halus terhadap ciri unik Proton S70 serta kemudahan yang boleh didapati di pusat servis 3S/4S Proton.
Menurut Roslan “Tema untuk filem Hari Raya kami tahun ini lebih universal dan berkaitan kepada situasi dunia sebenar yang dihadapi ramai setiap hari.”