Proton jalin kerjasama dengan Al-Haj Pakistan - bakal lancar Proton Iriz EV di sana!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar kenderaan Pakistan, Al Haj Motos telah menandatangai perjanjian bersama syarikat automotif negara, Proton bagi memasang dan mengedarkan kenderaan elektrik dan mesra alam di Pakistan.
Kawasaki Legend Reborn

Laporan daripada Daily Pakistan Global itu antara lain menyebut perjanjian kedua belah pihak tersebut telah dimeterai di ibu pejabat Proton di Kuala Lumpur dengan nilai pelaburan mencecah $300 juta (RM1.2 billion). 

Menurut perjanjian tersebut, syarikat Al-Haj bakal menjual dan memasang kenderaan jenis sedan, crossover, SUV dan hatchback keluaran Proton serta mempelbagaikan kenderaan keluaran Al-Haj itu sendiri. 

Difahamkan, syarikat Al-Haj juga bakal melancarkan Proton Iriz versi elektrik (EV) setelah syarikat tersebut memulakan operasi dan membangunkan fasiliti pemasangan kenderaan Proton secara rasmi di sana. 

Walaubagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Al-Haj bakal melakukan pemasangan kenderaan dari Proton secara tempatan (CKD) ataupun mengimport secara terus (CBU).
 


Proton Iriz varian elektrik dipertontonkan buat kali pertama menerusi acara International Greentech & Eco Products Exhibition and Conference Malaysia pada tahun 2015 dengan nadi kuasa elektrik sepenuhnya (155 hp/360 Nm) dibantu oleh pek bateri lithium ion berkapasiti 39.6 kWh. 

Spesifikasi pada tahun 2015 itu menampilkan Iriz elektrik dibekalkan dengan sistem pengecasan biasa 6.6 kW yang mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk mencapai kapasiti bateri penuh, manakala sistem pengecasan pantas berkuasa 50 kW mampu memberikan kapasiti bateri sebanyak 40% dalam masa kira-kira 15 minit sahaja.  

Iriz versi elektrik ini mempunyai jarak pengoperasian sejauh 300 km (menurut kitaran NEDC) membolehkan anda mengembara dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru menggunakan sekali pengecasan penuh sahaja. 

Sehingga artikel ini ditulis, kami belum dapat memastikan lagi adakah Iriz varian elektrik bakal menggunapakai spesifikasi yang sama ataupun menerima sistem pacuan kuasa elektrik daripada Geely. 


Sekiranya berita ini benar, ia merupakan kali pertama kenderaan berkuasa elektrik bakal memasuki pasaran Pakistan dengan pendahulu Proton Iriz varian elekrik dilancarkan di luar negara terlebih dahulu berbanding pasaran Malaysia. 

Diam diam ubi berisi ya Proton!

Sumber gambar: Paultan

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Semua pasukan berjaya mencapai jarak pemanduan sejauh 640km dengan satu tangki minyak kecuali satu…
Berita Domestik
Perkara itu dimaklumkan Proton menerusi satu kenyataan sebentar tadi. Proton menjelaskan inisiatif…
Berita Domestik
Perusahaan Otomobil Nasional, Proton kini telah menerima satu lagi pengiktirafan untuk Proton Iriz…