Proton meneruskan semula eksport ke Timur Tengah

oleh SALINA JALIL|
Setelah sekian lama Proton tidak menjalankan aktiviti mengeksport kereta, pengeluar automotif Malaysia kini kembali mengeksport pada separuh kedua tahun 2018.Proton hari ini meneruskan semula penghantaran kereta ke Timur Tengah yang merupakan penghantaran pertama dilakukan sejak mula bekerjasama secara rasmi dengan Geely. Simbolik majlis pelepasan tersebut telah diadakan di pelabuhan Westports Malaysia dengan barisan kereta-kereta Proton yang telah bersedia untuk dimasukkan ke dalam kapal kargo Grand Diamond.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Sebanyak 453 buah kereta dieskport ke Aqaba, Jordan dan ianya akan diedarkan ke Iraq dan negara-negara jiran yang lain. 

Dato' Radzaif Mohamed,Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, ini adalah titik permulaan buat Proton untuk meneruskan dan meningkatkan penghantaran ke Timur Tengah memandangkan pemilik kereta di rantau itu aktif walaupun jumlah eksport terdahulu adalah kecil dan mengharapkan penghantran eksport pertama sejak perkongsian dengan Geely akan menerima pandangan positif di masa akan datang.

Eddie Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Westports pula berkata, mereka teruja dengan kerjasama ini memandangkan eksport terakhir ke Mesir adalah pada tahun 2015 dahulu. Dengan penghantaran melalui agen Sunship, kerjasama ini adakan mengukuhkan jenama dan penghantaran berada di dalam keadaan baik.

 

pic proton

 

 

Dato' Radzaif turut berkata bahawa usaha menambahbaik kualiti Proton juga berhasil. Sejak perlaksaan sistem Audit Produk Global (GCPA) bilangan mata demerit telah meningkat sebanyak tiga kali ganda. Skor GCPA Proton terkini sehingga Jun 2018 adalah 1763 mata demerit walaupun sasaran adalah 1500 mata sehingga hujung tahun ini. Ini petanda yang baik kerana Geely dan Volvo yang turut menggunakan GCPA mempunyai skor terkini sebanyak 1200 dan 850 mata.

Turut hadir pada majlis itu ialah Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton yang berkata bahawa pasaran Timur Tengah memandang tinggi pada produk-produk dari negara-negara Islam seperti Malaysia. Permintaan bagi kereta-kereta akan terus berkembang kerana keadaan ekonomi mereka yang maju dan akan membantu menambahkan lagi peningkataan perniagaan eksport kami. Walaubagaimanapun, pasaran ASEAN kekal sebagai keutamaan bagi perniagaan eksport Proton. Dr Li turut berkata bahawa Proton sedang mengenalpasti semua peluang yang ada untuk mengembangkan jumlah eksport untuk Proton. Geely menyokong kuat dalam inisiatif ini dan kerana mereka sangat berpengalaman dalam hal ini, kami berharap untuk
memanfaatkannya bagi membolehkan kami menjual lebih banyak kereta di luar Malaysia.