Berdasarkan foto rasmi yang diterbitkan oleh Rimac, mereka sedang menguji model prototaip C_Two di Pusat Teknikal Nardo, sebuah fasiliti pengujian yang dimiliki oleh Porsche.
Difahamkan, Rimac sedang bekerja keras menguji dan menambah baik aspek dinamik pemanduan, pengendalian, sistem gantungan, serta tetapan tayar yang bakal digunakan pada C_Two.
Memandangkan Rimac C_Two bakal memasuki produksi dalam masa terdekat dan penghantaran kepada pembeli bermula pada akhir 2021, sudah pasti Rimac mengambil masa tersendiri bagi memastikan jentera ini benar-benar sempurna.
Atas kertas, Rimac C_Two memiliki konfigurasi empat motor elektrik yang mampu mengekstrak output berjumlah 1,888 kuasa kuda dan daya kilas 2,299 Nm.
Dengan angka tersebut, tidak menghairankan sekiranya Rimac C_Two ini mampu lesap dalam masa 1.85 saat untuk pecutan 0-96 km/j.