PSA Peugeot/Citroen punya produk untuk Asia Tenggara

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Walaupun PSA Peugeot/Citroen tidak berjaya menjalinkan kerjasama dengan Proton, syarikat gergasi Eropah tersebut akan meneruskan projek khusus untuk pasaran Asia Tenggara.

Platform Efficient Modular Platform 2 atau EMP 2 yang mula digunakan di dalam model 3008 SUV 2017 ini mempunyai kebolehan untuk digunakan produk-produk kompak dan saiz sederhana dengan pacuan roda depan atau pacuan 4-roda bagi Peugeot dan Citroen.

Platform EMP 2 menelan belanja sebanyak RM3 billion dan ia sangat modular, sehinggakan ia boleh digunakan untuk jsarak roda pendek atau panjang, ruang lega bumi rendah atau tunggi  dan juga pilihan sistem gantungan belakang antara multi-link atau twisted-beam. 

EMP2 platform

 

Ia juga 70 kg lebih ringan dari platform PF2 terdahulu kerana penggunaan bahan-bahan seperti aluminum, besi keluli dan aloi magnesium serta bahan komposit.

PSA dikatakan mempunyai produk khusus untuk digunakan oleh Proton bagi meenembusi pasaran Asia Tenggara.

Ia juga mempunyai barisan enjin petrol, diesel dan hybrid yang lebih sesuai untuk cuaca di rantau ini bagi projek tersebut.

Menurut sumber Careta, walaupun projek Proton ini tidak kesampaian, PSA akan meneruskan lagi usaha mereka bagi wilayah Asia Tenggara dengan menggunakan jenama Peugeot.

Jenama Peugeot sudah lama bertapak di Asean dengan Malaysia menjadi pasaran terbesar untuk jenama singa Perancis itu.

Ia diikuti oleh Singapura dan kemudian Thailand. 

peugeot 3008 2017
Peugeot 3008 SUV 2017 adalah antara model pertama menggunakan platform EMP

 

Peugeot juga telah merombak dasar-dasar produk mereka untuk Asean dengan memulakan tambahan waranti percuma untuk pemilik-pemilik kenderaan Peugeot 2011 to 2015 selama tujuh tahun (tambahan dua tahun waranti dari waranti asal lima tahun).

Ini ialah kerana kerja-kerja penambah-baikan yang telah dilakukan kepada kenderaan-kenderaan tersebut bila mereka menghantarnya ke pusat servis Peugeot.

Untuk model-model terbaharu Peugeot, waranti kekal lima tahun dengan had perbatuan 120,000 km kerana model terbaharu Peugeot sudah didatangkan dengan teknologi dan enjin yang lebih lasak untuk penggunaan di rantau Asean.

Yang pasti, Peugeot memang serius dalam usaha untuk mendapatkan sedikit pegangan pasaran kenderaan Asean yang dijangka akan terus meningkat akibat pengukuhan ekonomi Thailand dan Indonesia.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka semua telah disambut oleh Ketua Pegawai Operasi bagi ASEAN, Daniel Gonzalez dan Pengarah…
Berita Domestik
Ia merupakan sebahagian daripada peralihan Stellantis untuk menjadikan Stellantis Malaysia sebagai…
Berita Domestik
Malaysia yang juga akan menjadi ibu pejabat Stellantis untuk Asia Pasifik turut menjadi pusat…