Pameran Motosikal Istanbul menjadi lokasi pilihan Bajaj untuk mempamerkan varian terbaharu Pulsar mereka, NS 200 Adventure.
Walaupun ia lebih kepada konsep dengan gandingan aksesori, namun ia nampak gagah dan menarik.
Antara kelengkapan yang hadir pada varian Adventure ini ialah:
- Bashplate atau plet besi pelindung bawah enjin
- Handguard
- Gril lampu hadapan
- Rak panniers dan top box
- Fork braces atau pemegang fork hadapan
- Flyscreen di atas lampu hadapan
- Pemegang telefon pintar atau set navigasi
Enjin dikatakan masih sama, 199 cc silinder tunggal yang menghasilkan 23.2 hp dan 18.3 Nm dengan transmisi 6-kelajuan.
Unit yang dipamerkan di Turki itu menggunakan sistem pancitan bahan api (EFI), sama seperti di Malaysia sementara yang dijual di India masih lagi menggunakan karburetor.
Tidak pasti kenapa tayar masih dibungkus tetapi yang pasti, Bajaj perlu melihat konsep ini dengan lebih serius kerana genre Adventure Bike atau ADV ini ialah antara genre yang semakin popular.