Dibina atas tanah berkeluasan 5,000 kaki persegi, pusat 3S ini menempatkan beberapa kemudahan yang disediakan untuk pelanggan seperti ruang rehat yang selesa, kemudahan Wi-Fi, serta bilik pameran yang mampu memuatkan dua kereta pada satu-satu masa.
Selain daripada kelengkapan servis yang penuh, pusat servis Mitsubishi ini turut menyediakan sehingga tiga ruang kerja untuk memberikan khidmat kepada setiap kenderaan Mitsubishi.
Pusat Pameran 3S ini dikendalikan oleh MN Wheels Sdn Bhd, di mana ia merupakan unit kedua yang dibuka selepas pusat servis pertama dilancarkan di Kuala Selangor.
Kedua-dua pusat pameran ini turut menampilkan identiti korporat Mitsubishi serba baharu yang dipersembahkan oleh slogan global Mitsubishi 'Drive Your Ambition' yang menunjukkan komitmen syarikat itu terhadap nilai dan aspirasi para pemandunya.
Pusat Pameran 3S ini terletak di alamat No. 36, Jalan Astaka 4, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang Selangor.