Pusat R&D X Honda tumpu bidang baharu teknologi

oleh |
Honda R&D Co., Ltd., yang merupakan subsidiari Honda Motor Co., Ltd., mengumumkan rancangan mereka untuk menubuhkan Honda R&D Center X, bagi meneroka bidang teknologi baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda R&D Co., Ltd., yang merupakan subsidiari Honda Motor Co., Ltd., mengumumkan rancangan mereka untuk menubuhkan Honda R&D Center X, bagi meneroka bidang teknologi baharu. Pusat P&P baharu itu akan memberi tumpuan kepada nilai baharu seperti teknologi robotik, sistem mobiliti dan pengurusan tenaga. Pengumuman rasmi penubuhan Honda R&D Center X akan dibuat pada April depan.

Penyelidikan dan pembangunan (P&P / R&D) merupakan aspek penting dalam ekonomi masakini. Kebanyakan syarikat global yang ternama terutama sekali dalam bidang teknologi hanya mempunyai dua tugas utama iaitu P&P dan pemasaran. Kerja-kerja pengilangan dan logistik pula disumberkan kepada pihak luar (outsource).

P&P juga adalah antara indikator negara maju. Jika diperhatikan belum ada lagi negara maju yang meminggirkan bidang P&P kerana ia adalah punca kekayaan. Persoalan mudah ialah bagaimana Samsung atau Apple hendak membuat untung besar jika bahagian P&P nya lemah tanpa inovasi besar.

Walaupun negara lain turut mendapat keuntungan seperti meraih kontrak pengilangan namun ia tidak sebesar pemilik teknologi tersebut. Apatah lagi jika negara itu mengamalkan dasar pelaburan asing dengan memberikan pelbagai insentif seperti dasar perintis, bebas cukai dan sebagainya.

Honda R&D Center X – fokus kepada bidang baharu

Honda melihat penubuhan pusat P&P itu sebagai suatu faktor penting memandangkan teknologi digital seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan data besar (big data) semakin berkembang dan melebihi amalan bisnes sekarang ini. Oleh itu di bawah konsep “AI×Data×Honda’s strengths”, Honda akan terus mengeluarkan produk dan pengalaman yang boleh menambah baik kualiti kehidupan manusia.

Sistem autonomi dan teknologi robotik

Cabaran baharu itu akan digalas oleh Honda R&D di mana pada peringkat awal, R&D Center X akan memberi perhatian terhadap kajian mesin dan sistem autonomi seperti teknologi robotik dan sistem mobiliti dengan singkatan nama robotics. Konsep robotics merangkumi pengurusan tenaga iaitu aspek penting dalam menguasakan robot dan sistem mobiliti.

Selain dari itu, R&D Center X akan turut membuat kajian terhadap teknologi yang membawa kepada kecerdasan buatan (artificial intelligence) yang dapat bekerjasama dengan manusia.

Konsep kerjasama dengan manusia itu terdiri dari tiga fasa seperti berikut:

  1. Memahami dan dapat merasai emosi manusia
  2. Memberi sokongan kepada manusia dan meningkat bersama manusia
  3. Mengembangkan potensi manusia yang akan tetap menerajui perkara ini

Masyarakat robotik

Dengan panduan yang digariskan, Honda akan terus berusaha dalam mewujudkan ‘masyarakat robotik’ di mana pelbagai sistem, produk dan perkhidmatan yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan akan terus menyerlahkan kehebatan yang ada pada manusia.

Dalam mencapai cita-cita tersebut, Honda akan menjalin kerjasama dengan pihak luar dan Honda R&D Innovation Lab Tokyo (HIL-TK) yang baru sahaja ditubuhkan pada 2016 akan menjadi pintu masuk kepada R&D Center X dan perantara kepada mereka yang berminat untuk berkerjasama. HIL-TK juga menjalankan kajian terhadap teknologi sedia ada seperti pemanduan automasi dan teknologi hubungan (connectivity).

Perlantikan penasihat – Pakar akademik dan industri

Membuktikan kesungguhan usaha ini, Honda melantik dua tokoh ternama sebagai penasihat R&D Centre X iaitu Dr. Edward A. Feigenbaum, Professor Emeritus Sains Komputer di Universiti Stanford dan En. Kazuhiko Toyama, Rakan Pengurusan dari Industrial Growth Platform, Inc. (IGPI) yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pembaharuan korporat dan penciptaan bisnes baharu.

Dengan hasrat untuk terus menawarkan peluang kepada manusia bagi merasai perkembangan potensi hidup mereka, Honda akan sentiasa komited dalam melahirkan sejumlah inovasi kepada dunia.

Berikut ialah laman web Honda R&D Innovation Lab Tokyo:http://www.honda.co.jp/RandD/HIL-TK/

Kredit foto: FB HondaJP

Penulis:Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Apa yang mereka lalukan? Mereka mendapatkan bantuan daripada Bosch untuk teknologi tersebut, dan…