Pusat Rekabentuk MAI kini dirasmikan

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Institut Automotif Malaysia (MAI) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI) kini telah melancarkan Pusat Rekabentuk MAI yang bertempat di Rawang.

 

Tujuan Pusat Rekabentuk MAI ini dibangunkan adalah bagi menjadi pemangkin kepada komuniti automotif untuk membangunkan inisiatif MITI dan Industri 4.0 MAI.

MAI

 

Selain ditubuhkan untuk meningkatkan pelaksanaan Industri 4.0 dalam industri automotif khusus dalam bidang kejuruteaan rekabentuk, simulasi dan pembuatan prototaip, Pusat Rekabentu MAI juga merupakan produk kerjasama antara Kerajaan dan Industri (MAI, Perodua dan vendor).

 

Pusat Rekabentuk ini merupakan pusat yang kedua dilancarkan oleh MAI pada tahun ini selepas Pusat Sumber MAI di Bukit Beruntung.

MAI

 

 

Pusat Rekabentuk MAI ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Y.B Datuk Haji Ahmad Bin Haji Maslan telah merasmikan Pusat Rekabentuk MAI.

MAI

 

Pusat Rekabentuk ini juga akan menjadi pusat perkongsian terbuka platform Industry 4.0. OEM dan vendor dari pelbagai lapisan boleh menggunakan perkakasan dan perisian yang ada seperti Pencetak 3D Fused Deposited Material, Pencetak 3D Selective Laser Sintering (SLS), Augmented Reality, Pelayan (Server) Berkomputer Prestasi Tinggi MAI dan banyak lagi.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penjenamaan semula ini bertujuan untuk menjadikan MARii sebagai organisasi strategik dalam usaha…
Berita Domestik
Memorandum perjanjian tersebut telah disaksikan oleh YDH Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri…
Uncategorized
Anugerah Kereta Tahunan Malaysia Automotive Industry (Car Of The Year MAI) yang bakal berlangsung…