Pusat Servis 2S Toyota di Sungai Penchala

oleh SALINA JALIL|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), pengimport tunggal dan pengedar Toyota di Malaysia mengumumkan pembukaan rasmi pusat Toyota 2S yang dinaiktaraf di Sg Penchala, Kuala Lumpur.


Pusat Servis ini dikendalikan oleh Crestmax Auto (Services) Sdn Bhd dan menjanjikan perkhidmatan selepas jualan yang sepenuhnya termasuk servis dan alat ganti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pusat servis 2S ini mempunyai keluasan 2100 kaki persegi telah memulakan operasinya pada awal tahun 2018 dengan lapan ruang perkhidmatan.

 

 

CA 1

 

 

 

Para pelanggan boleh berehat di bilik ruang rehat yang mempunyai kemudahan seperti minuman dan perkhidmatan wifi percuma sementara menunggu kenderaan mereka diservis.

 

CA 2

 

 

Pusat Servis ini mempunyai pusat jualan di Taman Tun Dr. Ismail untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggannya yang berada di sekitar kawasan seperti Damansara Perdana, Taman Tun Dr. Ismail, Kota Damansara dan Bandar Utama.

 

Pusat Crestmax Auto 2S terletak di PT 8541 Jalan Sg. Penchala, Mukim Batu, 60000 Kuala Lumpur. 

 

Untuk pertanyaan, sila hubungi 03-7731 7292 (Telefon), 03-7733 4135 (Fax). Maklumat mengenai kenderaan Toyota dan lokasi cawangan juga boleh didapati di www.toyota.com.my.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…