RAPID BUS LANCARKAN PERKHIDMATAN ON-DEMAND BAHARU DI LALUAN T785 DAN T783

oleh Firdaus Razani|
Bermula 2 Mei 2024, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus), operator perkhidmatan bas henti-henti di Lembah Kelang akan melancarkan perkhidmatan “Demand Responsive Transit” (DRT) baharu di sekitar Taman Paramount dan Taman Bahagia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkhidmatan ini akan menggunakan van dan para penumpang boleh menempah melalui aplikasi Kumpool untuk laluan berikut;

  • T785 (LRT Taman Paramount – Kampung Baiduri/ Seksyen 51a Petaling Jaya)
  • T783 (LRT Taman Bahagia – SS6, SS5 Kelana Jaya)

Seperti yang telah diumumkan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) bulan lalu, perkhidmatan ini menyediakan kesalinghubungan ‘first-last mile’ yang lebih mudah.

Terutama sekali untuk para pengguna perkhidmatan bas menuju ke stesen LRT untuk perjalanan yang lebih lancar.

Berbeza dengan perkhidmatan bas perantara, DRT ini menawarkan masa menunggu dan perjalanan yang lebih pendek dan para pengguna boleh merancang perjalanan dengan lebih mudah.

Rapid Bus akan menggunakan tempoh selama dua hingga empat minggu bermula 2 Mei ini untuk menganalisa permintaan penumpang, dan masa ini juga akan digunakan sebagai tempoh peralihan mod operasi bas kepada van DRT sepenuhnya.

Dengan tambang RM1.00 untuk setiap perjalanan, penumpang boleh membayar tambang menggunakan Pas Perjalanan Tanpa Had My50 serta kad Touch n’ Go, Pas Pas MyCity, Pas Famili, Kad Konsesi MyRapid, Pas Perjalanan Percuma OKU Smile atau secara tunai.

Perkhidmatan ini beroperasi setiap hari dari jam 6.00 pagi sehingga 11.30 malam.

Selain itu, hentian yang tersedia juga lebih banyak dan tidak tertakluk kepada hentian bas laluan T785 dan T783 yang sedia ada di Taman Paramount dan Taman Bahagia.

Perkhidmatan ini menawarkan masa perjalanan yang lebih singkat kerana ia tidak perlu melalui kesemua hentian sekiranya tiada tempahan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan ini, para penumpang boleh melayari media sosial rasmi Rapid KL atau laman web: www.myrapid.com.my

Berita Berkenaan

Informasi
Berhubung isu pelancong dari luar negara yang tidak dapat menggunakan perkhidmatan bas Rapid KL…
Informasi
Ia juga dalam usaha mengurangkan kesesakan ruang letak kereta di pekarangan Parlimen. "…
Informasi
Justeru, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan menunggu di bawah setiap stesen BRT…