Remaja parah perut tertusuk buluh

oleh Hamimah Hamid|
SEORANG remaja lelaki parah apabila perutnya tembus tertusuk sebatang buluh selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh belakang sebuah trak pikap yang di letak di tepi jalan di Kilometer 29, Jalan Gua Musang-Jeli di Jambatan Pulau Setelu di Guar Musang malam tadi

Mangsa, Mohammad Ammar Hazriq Zuhan, 13 tahun cedera apabila buluh berukuran dua meter tertusuk sehingga menembusi bahagian perut dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 dari rumahnya di Kampung Pulau Setelu untuk memancing di sebuah sungai.

 

"Semasa tiba di lokasi kejadian mangsa merempuh belakang sebuah trak pikap jenis Nissan Frontier yang membawa muatan buluh yang diparkir di tepi jalan di atas Jambatan Pulau Setelu.

 

“Keadaan itu menyebabkan sebatang buluh berukuran dua meter tertusuk menembusi perut mangsa," katanya.

 

Menurur Choon Fooe, remaja itu dibawa oleh orang awam ke Hospital Gua Musang ountuk rawatan awal sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai.

 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.