Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, permohonan sambung semula reman itu dibuat ekoran tempoh empat hari reman sebelum ini tamat semalam.
"Suspek berusia 44 tahun itu disambung reman bermula semalam sehingga 8 Mei ini untuk siasatan lanjut kes berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat memaklumkan kes itu disiasat Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian.
Suspek juga disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).