Renault 5 E-Tech 2024 - ikon dilahirkan semula, EV dengan jarak gerak 401 km

oleh Mohamad Hanif|
Ucapkan selamat datang kepada ikon Renault yang telah dilahirkan semula dalam era kenderaan elektrik, iaitu Renault 5 2024.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekaan luaran Renault 5 ini banyak diinspirasikan daripada model asal Renault 5 tahun 1970-an, mengikut pendekatan retro moden yang digunakan oleh beberapa pengeluar lain seperti Honda dan Hyundai.
 

EV


Ia membawakan ciri seperti unit lampu projektor LED dengan grafik mimik anak mata manusia, paparan indikasi pengecasan bateri pada hud 'enjin', rekaan roda aloi yang sporti, diikuti dengan unit lampu menegak pada bahagian belakang.

Sementara untuk ruang kabin pula, Renault 5 banyak membawakan elemen rekaan yang diinspirasikan daripada model terdahulu.
 

EV


Bergantung kepada varian yang dipilih, pembeli akan disambut dengan skrin kluster digital sebesar tujuh atau 10 inci, sementara skrin infohibur tengah pula adalah standard 10 inci untuk semua versi.

Perasan tuil penukaran gear pemanduan yang berbentuk seakan bekas gincu di sebalik stereng?
 

ev


Menurut Renault, komponen itu boleh disesuaikan dengan pelbagai rekaan yang menarik, dan boleh ditukar ganti dengan mudah seakan mengeluarkan kad SIM daripada peranti pintar.

Selain itu, pemilik boleh mendapatkan bantuan menerusi arahan berbentuk suara daripada avatar rasmi Renault, iaitu Reno untuk pengalaman elektrik yang lebih intuitif.

 

ev


Dibina menggunakan pelantar EV baharu Ampr Small (sebelum ini dikenali sebagai CMF-BEV), Renault 5 banyak berkongsi komponen kritikal dengan Nissan Juke dan Renault Clio, sekaligus mengurangkan kos pembangunan sebanyak 30 peratus.

Untuk permulaan, Renault 5 boleh didapati dalam tiga pilihan kuasa, iaitu 94 hp/215 Nm, 121 hp/225 Nm atau 148 hp/254 Nm dengan pecutan 0-100 km/j boleh dicapai dalam masa kurang lapan saat.

Motor elektrik itu memperoleh kuasa daripada pek bateri berkapasiti 40 kWh dengan jarak gerak sejauh 299 km, atau sehingga 401 km (pek bateri 52 kWh).
 

ev


Renault 5 dengan pek bateri 40 kWh menyokong pengecasan pantas DC sehingga 80 kW, sementara varian dengan pek bateri 52 kWh pula menyokong sehingga 100 kW.

Hatchback elektrik ini turut mempunyai pengecasan AC dua arah yang menyokong teknologi V2L (vehicle-to-load) dan V2G (vehicle-to-grid).

Untuk mengurangkan berat badan, Renault telah menggunakan unit penyongsang yang lebih kompak dan lebih ringan 15 kg, sementara bateri NMC (nickel-manganese-cobalt) pula menggunakan susunan yang lebih ringkas.
 

ev


Pek bateri 40 kWh menggunakan tiga modul di mana setiap satu mempunyai 31 sel dengan jumlah berat keseluruhan sekitar 240 kg.

Sementara pek bateri 52 kWh pula menggunakan empat modul 46 sel, menjadikan jumlah berat keseluruhan mencecah 300 kg.

Disebabkan itu, Renault 5 dalam varian paling asas mempunyai berat badan sekitar 1,372 kg sahaja, jauh lebih ringan berbanding Renault Zoe.
 

EV


Dari segi ukuran, Renault 5 2024 ini membawakan dimensi sepanjang 3.92 meter, lebar 1.77 meter, tinggi 1.5 meter dengan jarak antara roda sepanjang 2.54 meter dan kapasiti kargo sebesar 326 liter.

Untuk pasaran Eropah, Renault 5 E-Tech 2024 boleh dibeli dengan harga jualan bermula dari €25,000 (RM129,443), menjadikannya salah satu EV paling mampu milik dalam pasaran.

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan semakan ringkas di laman web kedai dalam talian Renault, terdapat pelbagai kategori…