Renault Alaskan Formula Edition - Trak pikap Renault bertemakan warna F1

oleh Mohamad Hanif|
Untuk kesekian kalinya, Renault menyambut ulang tahun kerjasama mereka dengan Formula 1 dengan memperkenalkan trak pikap Alaskan Formula Edition dengan warna tema F1 pasukan tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Direka oleh syarikat yang sama memperkenalkan Renault Espace yang menggunakan enjin F1 pada minivan tersebut, trak pikap ini malangnya tidak didatangkan dengan pilihan enjin yang serupa. 


Sebaliknya, ia masih mengekalkan enjin turbodiesel 2.3 liter yang menghasilkan sejumlah 188 bhp dan 450 Nm yang mampu memberikan kuasa yang mencukupi untuk tujuan off-road.

Bahagian luaran pula menampilkan penggunaan warna hitam dikombinasi dengan kemasan warna emas pada gril hadapan, bumper dan juga sport bar di bahagian belakang. 

Terdapat juga jaluran emas pada bahagian sisi kenderaan sementara bahagian tengah rim pula turut menerima kemasan tema F1. 

Selain daripada trak pikap yang berkongsi platform serupa dengan Nissan Navara dan Mercedes-Benz X-Class ini, Renault juga pernah mengeluarkan edisi khas bertemakan F1 pada Clio RS yang memakai kemasan warna hitam emas yang serupa dan turut didatangkan dengan ekzos standard daripada Akrapovic.  

Sumber: Motor1 UK

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…