Renault UK umum harga jualan model Megane RS

oleh Mohamad Hanif|
Renault kini telah mengumumkan harga jualan sebenar bagi model Megane RS yang disasarkan bersaing dengan Honda Civic Type R, dan Hyundai i30 N pada tanda harga bermula dari £27,495 (RM146,859)*.

Tempahan sudah mula dibuka dan ia akan diedarkan kepada pelanggan bermula Julai 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dimensi Megane RS telah dipanjangkan daripada model asas hatchback lima pintu dengan kepanjangan 60 mm di hadapan dan 45 mm di bahagian belakang. 

 

Rim aloi 18 inci didatangkan sebagai standard, dan pengguna boleh menambah beberapa aksesori yang didatangkan khas bersama edisi RS ini seperti rim 19 inci, trim dalaman dengan kemasan Alcantara, stereng Alcantara, sistem brek daripada Brembo, dan sistem bunyi BOSE.

Bagi mereka yang inginkan tambahan dari segi prestasi dan pengendalian, Renault kini menawarkan pakej Cup chassis secara percuma bagi tempahan yang dilakukan dalam bulan Mei dengan penambahan aksesori seperti limited slip differential, sistem gantungan yang lebih keras dan angkup brek berwarna merah. Harga asal pakej Cup chassis ini berharga £1,500 (RM8,011)*. 

Menggunakan nadi yang sama digunakan pada Alpine A110, Megane RS menggunakan enjin 1.8 liter turbo empat silinder yang mampu menghasilkan 276 bhp dan tork setinggi 390 Nm yang masuk seawal 2,400 rpm putaran enjin. 

 

 

Megane RS mampu memecut 0-100km/j dalam masa 5.8 saat dan kelajuan tertinggi yang dicatatkan pada 254 km/j. 

Renault memberikan dua pilihan transmisi kepada pengguna Megane RS, iaitu transmisi manual dengan enam nisbah kelajuan atau transmisi automatik dual-clutch enam nisbah kelajuan dengan ciri launch control

Renault juga kini mengesahkan versi Trophy yang lebih berkuasa akan turut dipasarkan pada tahun hadapan. Enjin 1.8 liter turbo itu masih dikekalkan, dengan kuasa dipertingkatkan kepada 295 bhp dan daya tork sebanyak 400 Nm.

Versi Trophy ini bakal mempunyai casis yang lebih kukuh dan didatangkan dengan rim aloi 19 inci sebagai standard. 

Sumber: AutoExpress UK

*berdasarkan kadar pertukaran wang semasa

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…