Ribuan motosikal dipanggil di US - risiko pad brek Brembo tercabut!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat yang sinonim dengan penghasilkan produk brek berprestasi tinggi untuk kegunaan motosikal termasuklah sport bike dan superbike, Brembo kini memanggil semula ribuan unit motosikal di Amerika Syarikat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh NHTSA, kempen panggil semula ini berpunca daripada bahan geseran yang digunakan pada komponen pad brek hadapan Brembo yang dikatakan mampu terpisah daripada plet sokongan logam.

Ini menjadikan sistem brek kehilangan keberkesanan serta menjadikan jarak pemberhentian lebih panjang berbanding sepatutnya.

Brembo turut menjelaskan bahawa kegagalan ini turut berpunca akibat kandungan bahan nikel yang tinggi di dalam kompaun geseran menjadikan pad brek lebih berliang.

Keadaan ini membenarkan bendasing seperti air dan garam memasuki pad dan mengakibatkan kakisan terhadap komponen tersebut.

Difahamkan, sehingga 7 Mei 2020, sebanyak lebih daripada 7,000 buah motosikal terkesan dengan kempen panggil semula ini melibatkan:

  • Aprila - Tuono 1100RR, Tuono 1100 RF, RSV4 1000 RF, RSV4 1000 RR (2017-2020)
  • Ducati - 1299 Superleggera
  • Triumph - Speed Triple S (2018-2020), Street Triple RS (2018-2020), Tiger 1200 Alpine Edition (2020), Tiger 1200 Desert Edition (2020), Tiger 1200 XCA (2018-2020), Tiger 1200 XCx (2018-2020), Tiger 1200 XR (2018-2019), Tiger 1200 XRT (2018-2019), Tiger 1200 XRx (2018-2019), Tiger 1200 XRx LRH (2018-2019)

Sumber: Ride Apart

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Menurut JPJ, pihaknya akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…