SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa ekoran insiden tersebut.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SIC, semua kontraktor dan pasukan keselamatan yang bertugas pada hari berkenaan berada dalam keadaan selamat.
“Berdasarkan penilaian awal, kawasan yang terjejas melibatkan kemusnahan bumbung yang tertanggal kanvasnya, pokok di sekitar SIC tercabut dan papan iklan turut mengalami kerosakan,” kata kenyataan pada Isnin.
Jelas kenyataan tersebut lagi, pihak pengurusan SIC sedang menilai sepenuhnya tahap kerosakkan yang dialami ekoran kejadian itu.
“Untuk memastikan keselamatan pelawat, kawasan tertentu di SIC akan ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikkan dilaksanakan,” ujar kenyataan itu.
Bagaimanapun, operasi harian SIC akan tetap diteruskan seperti biasa.