Pembuat kenderaan Korea itu mengatakan bahawa penarikan itu meliputi beberapa model seperti di bawah:
- keluaran tahun 2012-2013: Sorento
- keluaran tahun 2012-2015: Forte dan Forte Koup
- keluaran tahun 2011-2013: Optima Hybrid
- keluaran tahun 2014-2015: Soul
- keluaran tahun 2012: Sportage
Panggilan balik ini diadakan kerana kebakaran di bahagian enjin boleh berlaku semasa memandu.
Para pemilik kenderaan yang terbabit dinasihatkan untuk menghantar kenderaan mereka di pusat pengedar untuk memeriksa dan menguji kebocoran di bahagian enjin serta membuat pembaikan termasuk penggantian enjin, jika perlu.
Kia Motors dalam kenyataan mereka turut berkata bahawa mereka sedang mengemas kini perisian operasi Sistem Pengesanan Sensor.
Minggu lalu, Kia dan Hyundai Motor bersetuju untuk tindakan denda sivil berjumlah USD210 juta setelah mereka gagal memanggil balik 1.6 juta kenderaan kerana permasalahan enjin pada masa yang ditetapkan.
laporan dari CNBC