Saksikan perlumbaan Toyota Vios Ogos nanti di P.Pinang

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Peminat sukan bermotor pasti tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perlumbaan pertama Vios Challenge di Pulau Pinang pada 12 hingga 13 Ogos depan. Acara itu disifatkan sebagai perlumbaan paling menarik dan mengujakan setakat ini. 

 

Ia menampilkan pelumba terkenal seperti Keifli Othman, Boy Wong, Kenny Lee, James Veerapan, Syafiq Ali, Mark Darwin, Mitchel Cheah, Rocky Seow, Akina Teo dan Tengku Djan Ley yang pasti mahu bersaing sengit untuk menaiki podium dalam siri Vios Challenge untuk julung kalinya. 

 

Gazoo-1

 

Sebanyak 40 unit jentera lumba untuk Vios Challenge telah dibina. Kereta tersebut memiliki spesifikasi yang sama dan menggunakan alat-alat ganti perlumbaan yang kebanyakannya diambil daripada Toyota Racing Development (TRD). Ia merangkumi sistem ekzos, suspensi dan kit-kit aerodinamik. Sementara rim, tayar dan bahan api merupakan barangan kawalan yang dibekalkan oleh penganjur sepanjang perlumbaan. Ini sekali gus menghadkan lagi pemboleh ubah yang boleh eksploitasi oleh para pelumba.

 

Mereka yang kali pertama memandu jentera lumba Vios pada sesi ujian di litar Sepang itu juga bersetuju bahawa kualiti perlumbaan sememangnya cukup tinggi dan persaingan pastinya amat sengit. 

 

Memandangkan semua jentera lumba ini adalah sama, maka adalah mustahil buat mana-mana pemandu bergantung kepada kelebihan mekanikal untuk berada di hadapan dan mendahului pelumba lain. Kenyataan ini ditunjukkan dengan jelas sepanjang sesi ujian apabila beberapa orang pelumba terbaik berjaya mencatat perbezaan masa sekitar satu saat sahaja antara satu sama lain. 

 

“Ia pasti akan menjadi perlumbaan yang sangat sengit,” kata Keifli Othman, pelumba veteran dalam kategori perlumbaan jentera saloon yang menjadi antara pelumba pilihan dalam Vios Challenge. “Vios ini sangat responsif dan mudah dikendalikan. Jadi, pelumba baru dan berpengalaman pasti seronok ketika memandu jentera ini sepanjang perlumbaan,” kata Keifli.

 

Keifli Vios

 

Bersetuju dengan pendapat Keifli, pelumba rali terkenal, Kenneth Koh yang tidak asing lagi dalam arena rali antarabangsa, melakukan debut di litar lumba dengan Vios Challenge memuji kualiti pengendalian Vios yang lincah. 

 

“Kereta ini sangat mudah dipandu, saya sudah dapat membiasakan diri selepas hanya beberapa pusingan. Ia sangat seimbang dengan kuasa, pengendalian, brek dan pecutan yang secukupnya. Jadi saya fikir ia mudah untuk pelumba amatur dan berpengalaman untuk mengandalikannya,” kata Kenneth.

  

Menurut seorang lagi pelumba pilihan yang akan berlumba di bawah Team ST Wangan, Boy Wong, biasanya perlumbaan satu model kenderaan seperti ini tidak memerlukan sebarang strategi. “Ia akan menjadi perlumbaan tentang kelajuan dari awal hingga akhir. Anda tidak akan mempunyai peluang untuk berfikir tentang strategi dalam perlumbaan. Semua orang akan berusaha untuk berada di hadapan. Jadi, sama ada anda perlu terus memperbaiki atau mengekalkan kedudukan,” kata Wong.

 

Ketika ada segelintir pelumba mungkin beranggapan memandu secara ‘keras’ menjadi satu-satunya cara untuk berada di hadapan, pemilik pasukan lumba Dream Chaser Team, CY Ong yang mempertaruhkan tiga buah kereta dalam Vios Challenge merasakan bahawa pemandu yang berdisplin akan mempunyai prestasi lebih baik dalam perlumbaan ini. 

 

“Berpengalaman memandu Vios, saya percaya bahawa kereta ini akan memberi kelebihan kepada pemandu yang lebih sabar dan lancar. Caranya adalah memandu dengan lancar ketika mengambil selekoh. Saya fikir, pemandu yang sedar tentang perkara ini akan dapat berlumba dengan baik,” kata Ong.

 

Gazoo-2

 

“Kami sudah begitu lama tidak menyertai pelumbaan dengan persekitaran dan persaingan seperti ini. Saya menunggu cukup lama untuk melihat perlumbaan seperti Vios Challenge muncul. "Sangat teruja dan tidak sabar untuk bersaing dalam perlumbaan pertama pada Ogos depan,” tambah Keifli.

 

Vios Challenge akan menjadi acara utama dalam Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival yang bermula pada 12 dan 13 Ogos di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Festival itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pertunjukan drift, persembahan oleh selebriti, trak makanan, sesi pandu uji dan pameran Toyota C-HR. Masuk adalah percuma.  

 

Para peminat dunia perlumbaan boleh mengikuti perkembangan dan maklumat terkini mengenai Vios Challenge dengan melayari laman web Toyota GAZOO Racing Malaysia atau Like Facebook rasminya.

 

Mereka juga boleh mengetahui promosi terkini model-model Toyota dengan mengunjungi mana-mana bilik pameran Toyota di seluruh negara. Sepanjang Julai, ada promosi beli dan menang di mana pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi percutian ke acara Tokyo Motorshow.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Hampir kesemua pelumba muda jelas menunjukkan rentak dalam pemanduan masing-masing bagi menguasai…
Sukan Bermotor
Pelumba berusia 26 tahun itu kembali bersaing dalam kelas Super Sporting, dimana dia akan berentap…
Sukan Bermotor
Dalam kelas Super Sporting, pelumba veteran Eddie Liew (Laser Motor Racing) muncul sebagai juara…