BMW X1 sDrive18i baharu ini menampilkan enjin sebaris 3 silinder dengan kapasiti 1.5 liter BMW TwinPower Turbo, berserta transmisi Steptronic 7-kelajuan dengan dwi-klac yang mampu menjana 140 kuasa kuda dan jumlah tork 220 Nm.
BMW TwinPower Turbo ini telah memenangi Anugerah International Engine of the Year selama lima tahun berturut-turut sejak 2015.
Kelajuan tertinggi untuk SAV ini adalah 201 km/j dengan pecutan 0-100 dalam masa 9.6 saat. Di samping itu, penggunaan kadar bahan api adalah serendah 6.3 l/100 km, termasuk emisi karbon bertahap lebih rendah pada paras 144 g/km.
Di ruang kabin pula, kokpit BMW X1 sDrive18i diberikan kemasan trim interior dalam warna hitam berglos tinggi, serta kemasan trim dalam warna Pearl Chrome, termasuk upholsteri Leather Dakota.
SAV baharu ini juga dilengkapi dengan stereng sport berkulit, kerusi hadapan yang boleh dilaras secara elektrik, penyaman udara automatik dua zon dan material bumbung BMW dalam warna kelabu.
SAV ini bersertakan operasi pintu but automatik dengan fungsi tanpa sentuh untuk membuka dan menutup pintu but berkenaan melalui Comfort Access.
Dari segi hiburan, teknologi BMW X1 sDrive18i melalui sistem iDrive dalam Paparan Kawalan (Control Display) bersaiz 8.8 inci dan ia boleh dioperasikan dengan Pengawal iDrive (iDrive Controller), sama ada melalui fungsi sentuhan, mahupun suara.
Aspek bantuan pemanduan SAV ini dilengkapi dengan BMW Personal CoPilot, yang turut merangkumi Amaran Pengeluaran Laluan. Sistem tersebut turut menampilkan fungsi-fungsi yang lain seperti Amaran Perlanggaran Hadapan dengan intervensi brek, Bantuan Lampu Puncak, serta info had kelajuan untuk menjamin keselamatan yang maksimum di jalan raya.
Jentera BMW X1 sDrive18i ini didatangkan dengan empat warna penampilan iaitu Alpine White, Mediterranean Blue, Black Sapphire dan Mineral Grey.
Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan penawaran BMW Group Malaysia bagi Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun, dan Program Servis Berjadual Percuma) BMW X1 sDrive18i yang terbaharu adalah RM208,368.48
BMW X1 sDrive18i terbaharu akan berada di semua pusat pengedaran BMW yang bertauliah di seluruh negara mulai hari ini, 24 Julai 2020.
Selain itu, para pelanggan juga boleh menempah SAV ini di http://www.shop.bmw.com.my/ pada harga RM1,000 dan berpeluang untuk memenangi BMW i8 Coupé baru.
BMW Group Financial Services Malaysia turut menawarkan ‘Balloon Financing Plan’ iaitu pemilikan menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 2,378.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).
Pemilik jentera BMW X1 sDrive18i terbaharu ini juga dapat merasai pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
• Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW Privileges Card
• Servis Dalam Talian BMW