"Suspek kemudian menghubungi mangsa melalui whatsApp dengan memperkenalkan diri sebagai penjual kereta dan menghantar gambar kad pengenalan untuk menyakinkan mangsa.
"Mangsa kemudian diminta membuat bayaran melalui perbankan dalam talian ke akaun bank yang diberikan suspek dan diperdaya tidak boleh membatalkan pembelian atas alasan insurans telah didaftarkan atas nama mangsa," katanya.
Mohd Yusri berkata, mangsa membuat bayaran keseluruhan 25 kali membabitkan enam akaun bank melibatkan jumlah keseluruhan RM132,860 sebelum tersedar ditipu apabila diberitahu rakannya ketika mahu meminjam wang dari rakannya itu.
"Bapa mangsa kemudian membawa mangsa ke balai polis untuk membuat laporan polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya