Scorpio Electric X Model - skuter elektrik pertama kelahiran Singapura!

oleh Mohamad Hanif|
Singapura bukanlah negara yang mempunyai syarikat automotif seperti kita (Proton, Perodua, Modenas), namun negara jiran kita itu kini mempunyai produk skuter elektrik yang tersendiri, dibangunkan oleh Scorpio Electric.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Skuter yang dinamakan sebagai X Model itu sebenarnya merupakan sebuah prototaip pra-produksi yang berfungsi sepenuhnya, dan ini membawa maksud ia bakal diproduksikan secara besar-besaran tidak lama lagi.

 


Tidak banyak butiran spesifikasi yang didedahkan buat masa ini, namun menurut maklumat yang dipetik dari laman web, X Model berkeupayaan untuk mencapai kelajuan melebihi 100 km/j dan jarak operasi sejauh 200 km  untuk sekali cas penuh.

Di bahagian belakang menampilkan binaan lengan ayun tunggal serta motor elektrik yang dipasang pada roda belakang, di mana menurut Scorpio Electric lagi, skuter ini turut menampilkan ciri pengimbangan kuasa pintar dan keupayaan rekuperasi tenaga.

 


Tidak ketinggalan, sebagai sebuah model skuter moden ia turut hadir ciri lampu LED, skrin paparan TFT LCD berwarna penuh dengan ciri sambungan kepada peranti pintar yang lebih memudahkan urusan kegunaan seharian.

Tiada sebarang tanda harga namun beberapa laporan mencadangkan harga jualan untuk skuter elektrik ini bermula dari S$10,000 (RM30,450) tidak termasuk cukai serta sijil COE.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Keupayaan forensik kenderaan baharu polis telah didedahkan pada Seminar Pelan Kerja Polis 2024 pada…
Berita Global
Menurut Pengarah Komunikasi dan Pelanggan di Tower Transit, Glenn Lim, kejadian tersebut sedang…
Berita Global
"Juruterbang itu dalam keadaan sedar dan mampu berjalan. Beliau sedang menerima rawatan perubatan…