SEL BATERI BERBENTUK TETRIS BERI PENYEJUKAN YANG LEBIH BAIK?

oleh Firdaus Razani|
Kebiasaanya sel bateri kenderaan elektrik (EV) mempunyai bentuk yang sangat asas seperti berbentuk segi empat tepat ataupun berbentuk silinder, namun General Motors (GM) ada idea yang lebih baik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

General Motors yang kini telah mempunyai rancangan untuk mengendalikan empat loji bateri di sebuah daerah di Lordstown, Ohio untuk menghasilkan serta memproduksikan sel bateri.

Dengan kelebihan untuk menghasilkan sel bateri sendiri, ia berpotensi untuk mereka bentuk serta konfigurasi sendiri yang kini syarikat itu, mahu hasilkan sesuatu yang unik.

bateri

Baru-baru ini, GM telah mendedahkan paten sel bateri yang bukan seperti kebiasaan, tetapi reka bentuknya berbentuk seperti Tetris bertujuan untuk menampung saluran penyejukan yang lebih cekap.

Semua ini seolah-olah menunjukkan ia adalah idea baharu daripada pembuat kereta yang mungkin ingin dilindungi dengan cepat.

Seperti dalam kereta Hummer EV, ia menampilkan modul demi modul dengan plat penyejuk di bahagian bawah sel bateri.

bateri

Dalam paten ini, GM mendakwa kaedah ini boleh menyebabkan penyejukan tidak sekata, yang membawa kepada kemerosotan bateri.

Sebagai nota sampingan, syarikat lain menggunakan kaedah penyejukan lain untuk mengatasi isu seperti ini.

Idea asal GM adalah untuk membuat sel dalam bentuk "L" atau "C" supaya dua sel digabungkan akan meninggalkan lohong antara sel di mana saluran penyejuk boleh ditambah.

bateri

Selain itu, GM turut mencadangkan konfigurasi lain yang mungkin menggunakan sel prismatik segi empat tepat tetapi mencapai kesan yang sama.

Dua daripada sel dalam kumpulan empat sel yang dicadangkan akan lebih pendek dan lebih gemuk, manakala pasangan yang lain akan lebih panjang dan lebih kurus.

Ini akan membolehkan saluran penyejukan segi empat tepat atau berbentuk H.

bateri

Sel yang lebih panjang dan lebih kurus seperti itu adalah kurang biasa, tetapi terdapat satu syarikat yang berpangkalan di China, Topband, yang membuat sel litium besi-fosfat litium langsing yang agak serupa.

Idea luar biasa GM itu mungkin akan mempunyai beberapa merit, tetapi ia tidak jelas sama ada membangunkan format sel yang sama sekali baharu atas nama penyejukan yang akan menjadi pendekatan untuk menambah baik EV.

 

SUMBER : Motor1

Berita Berkenaan

Berita Global
Era baharu dalam sejarah BMW itu bakal dibuka pada tahun 2025 menerusi ketibaan platform baharu…
Berita Global
Menurut laporan daripada Automotive News, bateri 4680 itu bakal mempunyai kapasiti storan tenaga…
Berita Global
Sel bateri terbaharu yang dibangunkan oleh Porsche itu menggunakan anod silikon berbanding…