Selebriti tanah air tamat kursus pemanduan oleh TRD Jepun - Siap sedia untuk berlumba dalam Vios Challenge!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Selebriti tanah air tamat kursus pemanduan oleh TRD Jepun - Siap sedia untuk berlumba dalam Vios Challenge!
Selebriti tanah air tamat kursus pemanduan oleh TRD Jepun - Siap sedia untuk berlumba dalam Vios Challenge!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Perlumbaan sulung Vios Challenge akan berlangsung pada 12 dan 13 Ogos akan datang di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Hanya tinggal beberapa minggu lagi.

Serentak dengan itu, seramai 24 orang pemandu perlumbaan termasuk selebriti tempatan telah tamat pengajian mereka di Sekolah Perlumbaan Vios Challenge.

Kesemua mereka telah tamat dan dianugerahkan sijil kelayakan dari Toyota Racing Development (TRD) dari Jepun pada satu majlis yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, kelmarin.

 

 

Setelah menamatkan kursus pengenalan wajib di mana mereka diberi tunjuk ajar tentang perkara asas seperti protokol keselamatan dan perlumbaan, teknik yang betul untuk mengendalikan kenderaan serta cara terbaik untuk mengekalkan garisan lumba, pelajar-pelajar telah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai perlumbaan dengan selamat.

Antara pelajar yang telah menamatkan pengajian dan menerima sijil mereka daripada Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy ialah lapan pelumba selebriti iaitu pelakon Fattah Amin, Diana Danielle, Shukri Yahaya dan Janna Nick, penyanyi Geraldine Gan dan Danny Koo, penulis blog Venice Min serta beatboxer Shawn Lee.

Turut menerima sijil yang sama ialah Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama yang akan menyertai para selebriti di dalam Kategori Promosi ketika perlumbaan Vios Chellenge ini berlangsung.

 

 

Bercakap pada majlis pentauliahan itu, Ravindran percaya bahawa sukan permotoran adalah satu cara berkesan untuk membangunkan bakat manusia selain kemampuan jentera lumba. "Mencapai kejayaan di dalam litar perlumbaan adalah untuk mengetahui batas dan mencari keseimbangan diantara kedua-dua individu dan jentera lumba secara kolektif.

"Tiada komponen yang boleh melebihi antara satu sama lain. Dengan melengkapi semua pemandu ini kemahiran untuk berlumba, kami berharap mereka dapat memanfaatkan kelebihan dan potensi sebenar kereta lumba Toyota Vios dengan selamat dan secara bertanggungjawab ketika di dalam litar," ujar beliau.

Bagi memastikan perlumbaan yang adil dan selamat kepada semua pemandu serta memberikan pengalaman menonton yang lebih mengujakan kepada peminat sukan permotoran, Vios Challenge akan dibahagikan kepada tiga kelas perlumbaan.

10 pelumba akan bersaing di dalam Kategori Super Sporting manakala 17 pelumba lagi akan bersaing di dalam Kategori Sporting. Baki 10 pelumba lain pula akan menyertai Kategori Promosi.

 

 

Setiap kategori akan mempunyai dua pusingan, dengan mata akan diberikan bagi kedudukan tertinggi untuk setiap pusingan.

Litar dengan jarak 1.65km di Batu Kawan direka mengikut bentuk stereng lumba dengan laluan arah pusingan jam. Ia mempunyai sembilan selekoh dengan laluan lurus terpanjang iaitu 156m bagi memberikan cabaran perlumbaan yang sebenar.

Perlumbaan Vios Challenge adalah acara utama sempena Festival Toyota GAZOO Racing (TGR). Festival itu dibuka kepada umum secara percuma yang turut diisi dengan pelbagai aktiviti seperti pertunjukan drift, trak makanan, sesi pandu uji dan penampilan istimewa model terbaru akan datang, Toyota C-HR.

Selain itu, mereka yang berminat juga boleh menyemak dan mengetahui promosi terkini bagi model-model Toyota di mana-mana bilik pameran berdekatan seluruh negara.

Bermula dari bulan Julai, terdapat promosi 'Beli & Menang' di mana pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi perjalanan ke Tokyo Motor Show.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…