Senarai kereta-kereta lumba dengan transmisi Hewland

oleh ONNY IZWAN|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Baru-baru ini kami telah melaporkan berita tentang Ultra Impact Technologies (UIT), sebuah syarikat teknologi Bumiputera yang menjalinkan usahasama dengan syarikat transmisi terkenal sedunia, Hewland Technology, untuk menjadi wakil tunggal Hewland bagi rantau Asean.

 

William hewland

 

Hewland Technology, yang berpengkalan di United Kingdom, adalah nama yang masyhur dalam industri sistem transmisi berkualiti tinggi yang digunakan oleh pasukan-pasukan sukan lumba kereta dunia terutamanya dari Formula 1. Kerjasama Hewland dan Ultra Impact Technologies adalah sesuatu yang membanggakan.  

 

Azrai Razuan of UIT

 

Ultra Impact Technologies memulakan perniagaannya dengan membekalkan kapasitor berteknologi tinggi jenis Graphene. Kebanyakan pelanggannya adalah pelanggan sektor industri yang berkaitan dengan sektor sukan permotoran.

 

UIT akan menjadi wakil pada syarikat yang telah lama menghasilkan komponen penting pada pasukan-pasukan F1 seperti Benetton, Jordan, Lotus, Jaguar, Ligier and Lola di era 1990an.

 

gear

 

Bukan mudah untuk menghasilkan transmisi untuk kegunaan lasak di litar lumba. Hewland telah membuktikan kejayaan rekaan sistem transmisinya melalui kereta-kereta lumba dalam banyak kategori lumba, terutamanya dalam kelas GT3. Pada perlumbaan Le Mans 24 Jam yang baru berakhir semalam, semua kereta yang meraih tempat podium dalam kelas GTE-Am ialah kereta lumba Ferrari 488 GTE yang menggunakan transmisi Hewland.

 

GT:

1. Ferrari 430/458/488 GTE

2. Mercedes SLS GT3

3. Nismo GTR

4. Honda NSX-GT

Hewland membekalkan kotak gear pada kereta pasukan Michelotto Automobili, yang menggunakan Ferrari 458 GT3 apabila memenangi perlumbaan Le Mans pada tahun 2014 dalam kategori GTE-Pro. 

 

Ferrari GT3

 

Kategori GT3 amat bergantung pada transmisi yang lasak kerana ia melakukan pusingan litar yang banyak, biasanya 12 atau 24 jam berlumba. Dalam kereta 458 GT3 ini, penukaran gear terjadi dalam beberapa milisaat sahaja menggunakan penarik gear dibelakang stereng. 

 

AMG GT3

 

Selain Ferrari, Hewland juga membekalkan transmisi untuk kereta-kereta lumba GT lain seperti Callaway Corvette  Z06R, Mercedes SLS, Nismo GTR, Ginetta G55, Praga R4S, dan Mosler MT900. Honda NSX-GT Super GT ialah contoh terbaharu kereta lumba GT yang menggunakan transmisi Hewland. 

 

NismoGT3

NSXGT

Endurance:

5. Honda HPD ARX03

Anda mungkin jarang mendengar kereta lumba prototaip Honda HPD ARX03 LMP2, tetapi kereta ini telah memenangi perlumbaan 2012 Le Mans 24 dalam kelasnya. 

 

Honda LMP

 

DTM Jerman:

6. Audi RS 5 DTM

7. BMW M4 DTM

8. Mercedes-AMG C 63 DTM

 

DTM ialah perlumbaan eksklusif di Jerman yang disertai oleh pengeluar-pengeluar kereta Jerman seperti Mercedes, Audi dan BMW. Walaupun tahap teknologi kejuruteraan kereta Jerman ialah antara yang terbaik didunia, namun, pada siri perlumbaan DTM, mereka menggunakan transmisi Hewland. 

DTM

 

Kategori lain:

9. Lotus Exige 300RR

Tidak lupa juga, kereta kebanggaan kita, suatu ketika dahulu, Lotus Exige 300RR turut menggunakan transmisi Hewland apabila ia memenangi perlumbaan Merdeka Millennium Endurance pada tahun 2004 dan 2005.

 

300RR-1

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Hewland Technology, pembuat sistem transmisi berkualiti tinggi yang digunakan oleh pasukan-pasukan…