Sepuluh maut dua helikopter bertembung di Lumut

oleh Hamimah Hamid|
SEPULUH maut dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi tadi.

Mangsa yang maut difahamkan terdiri daripada tujuh kru serta tiga penumpang daripada helikopter model HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Difahamkan dua helikopter terbabit sedang membuat raptai sempena Hari Terbuka Armada TLDM yang dijadual berlangsung pada 3 hingga 5 Mei depan.

 

Kedua-duanya helikopter itu dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

 

Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

 

Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, mana kala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.