Sime Darby beli pengedar Caterpillar Australia Selatan pada harga RM1.49 bilion

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Anak syarikat milik penuh Sime Darby Bhd, Sime Darby Industrial Australia Pty Ltd diberitakan telah menandatangani perjanjian tunai A$500 juta (RM1.49 bilion) untuk membeli Cavpower Group.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cavpower Group merupakan syarikat pengedar peralatan Caterpillar Inc di Australia Selatan dan Broken Hill di New South Wales.

Harga belian adalah pada asas tanpa tunai dan tanpa hutang tertakluk kepada pelarasan biasa untuk modal kerja, perbelanjaan modal dan pengambilan stok.

Menurut pemfailannya dengan Bursa Malaysia, Sime Darby Industrial Machinery Australia Pty Ltd telah menandatangani perjanjian penjualan saham untuk mengambil alih Kuxton Pty Limited dan memperoleh 98.9 peratus kepentingan dalam Kagera Pty Limited.

Kagera ialah syarikat induk kumpulan syarikat yang mengendalikan Cavpower, beberapa hartanah dan kepentingan dalam usaha sama.

 

2

 

Sementara Kuxton memegang 1.1 peratus kepentingan dalam Kagera, di mana dalam pembelian, memberikan Sime Darby pemilikan penuh ke atas syarikat itu.

Menurut Sime Darby, mereka berhasrat untuk memanfaatkan prestasi yang ditunjukkan dalam mengurus jenama Cavpower dan Caterpillar merentasi sumber, infrastruktur dan sektor tenaga yang semakin berkembang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, "Pemerolehan Cavpower melengkapkan portfolio sedia ada kami dan menyediakan pengembangan geografi untuk meletakkan bahagian perindustrian kami dalam infrastruktur pertumbuhan tinggi dan kawasan komoditi pasaran Australia."

Menurut beliau, urus niaga itu memberi peluang yang jarang berlaku kepada Sime Darby untuk menerima pendedahan kepada sektor sumber meluas di Australia Selatan, mengukuhkan lagi jejak Sime Darby Industrial di Australia dan rantau Asia Pasifik.

"Kami amat berbesar hati untuk mengekalkan pasukan pengurusan Cavpower yang kukuh dan berharap dapat bekerjasama dengan mereka untuk membina kepimpinannya dalam sektor sumber, infrastruktur dan tenaga," tambah Jeffri.

 

Sumber: The Star