Singapura tidak benarkan pekerja guna kenderaan luar negara

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan Singapura tidak akan membenarkan pemegang pas kerja untuk menyimpan dan menggunakan kenderaan luar negara di pulau tersebut.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Undang-undang baharu itu berkuatkuasa mulai 1 Julai lalu dan ia telah diwar-warkan dua bulan lepas melalui Lembaga Pengangkutan Darat (LTA).

Antara penyebabnya ialah kesesakan lalu lintas yang kronik di kedua-dua laluan masuk ke pulau itu dari Johor.

Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga S$1,000 dan penjara sehingga tiga bulan.

Kesalahan berturut pula boleh didenda sehingga S$2,000 dan penjara sehingga enam bulan.

Pemegang pas kerja di Singapura perlu memastikan kenderaan pendaftaran luar mereka itu berada di luar Singapura selama enam jam sehari.

Tindakan itu turut melihat peningkatan jualan kenderaan Singapura sehingga 30 peratus kerana pekerja-pekerja dari Malaysia terpaksa membeli kenderaan di negara itu.

Kerajaan Singapura bagaimanapun yakin ia akan membantu meredakan kesesakan di pintu masuk negara itu setiap hari.

*Laporan dari Must Share News

Berita Berkenaan

Berita Global
Keupayaan forensik kenderaan baharu polis telah didedahkan pada Seminar Pelan Kerja Polis 2024 pada…
Berita Global
Menurut Pengarah Komunikasi dan Pelanggan di Tower Transit, Glenn Lim, kejadian tersebut sedang…
Berita Global
"Juruterbang itu dalam keadaan sedar dan mampu berjalan. Beliau sedang menerima rawatan perubatan…