Bukan itu sahaja, Perodua juga akan melakukan perbincangan dengan pihak berkuasa Malaysia tentang kesan perkembangan isu penyelewangan prosedur Daihatsu yang melibatkan kenderaan keluaran mereka.
Menurut Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya memohon maaf kepada pelanggan yang dihargai serta orang awam di atas keresahan yang timbul daripada pengumuman tersebut.
Jelasnya lagi, Perodua akan berkongsi hasil perbincangan yang dibuat dengan semua pelanggan dalam masa terdekat.
Terdahulu, Daihatsu mengumumkan penangguhan sementara penghantaran kenderaan baharu disebabkan oleh penemuan 174 masalah dalam 25 item ujian, melibatkan 64 buah model termasuklah model Perodua dan Toyota.