Selain daripada itu, mereka juga komited terhadap pengurusan yang telus dan penuh bertanggungjawab.
Menurut presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, "kami berdedikasi untuk mengekalkan standard dan kualiti tertinggi pada kenderaan kami. Usah risau, kerana kami sedang giat berusaha untuk memastikan semua kenderaan kami mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan.
UMW Toyota juga akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menangani perkara ini dengan telus, mengekalkan komitmen mereka untuk terus menawarkan kenderaan berkualiti tinggi untuk pasaran Malaysia.
Beliau menyambung, "Kami memahami kepentingan kepercayaan, dan kami mahu mengukuhkan keyakinan pelanggan kami terhadap kami. Dedikasi kami terhadap kepuasan pelanggan sentiasa dan kekal menjadi keutamaan kami."
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation (TMC), isu penyelewengan prosedur ujian keselamatan Daihatsu itu turut memberikan kesan kepada tiga model Toyota yang diedarkan oleh UMWT di Malaysia.