Skuter tergantung atas kabel elektrik cetus kebingungan!

oleh Penyumbang Rencana|
Sebuah klip video tular di media sosial India memaparkan sebuah motosikal jenis skuter tergantung di atas kabel elektrik di bandar Jammu, wilayah Jammu dan Kashmir, lapor laman berita India Times pada Khamis


Beberapa penduduk yang lalu lalang dilihat turut merakam gambar skuter tersebut sambil menyatakan rasa hairan melihat bagaimana kenderaan itu boleh tergantung dalam keadaan seperti itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sebilangan netizen berkata,  skuter itu diterbangkan angin ketika kejadian ribut pada 18 Jun lalu.

Namun, tiada individu yang mengesahkan perkara tersebut.

Video skuter itu tular di laman Twitter dan menerima pelbagai komen netizen.

“Sila parkir motosikal anda di tempat yang paling selamat,” kata seorang netizen.

“Mungkin ia skuter elektrik, jadi, ia sedang dicas secara terus (menggunakan talian elektrik),” ujar pengguna lain. 

Video yang tular tersebut boleh ditonton di bawah:

https://twitter.com/i/status/1671095111181037568

Agensi

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Avenis dinadikan oleh enjin SOHC SEP 125cc empat lejang dengan sistem penyejukan udara yang…
Berita Global
Mereka yang mempunyai lesen memandu di Jepun juga memang sudah secara automatik dibenarkan untuk…
Berita Domestik
Acara Honda Skuterama Edisi 2 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik termasuklah jualan barangan,…