Inisiatif ini dilihat mampu menjadi penyelesai kepada masalah hubungan perbatuan terakhir yang kerap dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam negara.
Menurut CEO SOCAR, Shylendra Nathan berkata, "kami amat memahami cabaran yang dihadapi oleh penumpang pengangkutan awam, dan kami berazam untuk merapatkan jurang tersebut dengan meletakkan kenderaan kami di laluan utama LRT dan MRT.
"Matlamat kami adalah untuk menyediakan penumpang alternatif yang lebih mudah, berpatutan dan fleksibel untuk perjalanan harian mereka.
Untuk promosi tempoh terhad (20 September-23 Oktober), SOCAR menawarkan Commute Pass dengan diskaun sehingga 75 peratus (dihadkan @ RM160) tertakluk kepada terma dan syarat di bawah:
• Kod Promo: COMMUTEPASS
• Sah untuk hari Isnin-Jumaat (6pm-9am)
• Tempahan minimum 12 jam, maksimum 15 jam
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web INI.