Menurut Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), ia juga diharap mampu memberikan pilihan yang lebih baik dan menguntungkan kepada para pengguna di Malaysia.
Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam (21 Disember) serta dikawal selia oleh jawatankuasa khas yang terdiri daripada SPAD itu sendiri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Tenaga (EC), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Ketika ini, rakyat Malaysia sudah pun mempunyai beberapa pilihan aplikasi e-hailing termasuklah Grab, Mula, EzCab, Dacsee dan juga Mycar.
Antara isu yang berbangkit dalam mesyuarat tersebut termasuklah perkara yang berkaitan dengan undang-undang persaingan serta dasar dalam memastikan konsistensi dalam pelaksanaan undang-undang.
MyCC juga kini sedang merancang untuk menjemput beberapa agensi seperti EC, MAVCOM dan SKMM bagi memberikan penjelasan dan penerangan kepada orang ramai berkenaan bidang kuasa pengawal selia masing-masing.