Spesifikasi awalan trak pikap elektrik Tesla didedahkan - dua motor elektrik, sistem gantungan boleh ubah

oleh Mohamad Hanif|
Elon Musk telah mendedahkan spesifikasi awalan trak pikap daripada Tesla menerusi beberapa siri tweet pada laman rasmi Twitter beliau.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menggunakan tetapan dua motor elektrik, Elon memberitahu trak pikap elektrik ini akan menggunakan sistem pacuan semua roda dan kuasa tork yang 'sangat tinggi'.

Sistem gantungan pula menggunakan sistem suspensi yang termaju membolehkan pemandu menetapkan beberapa tetapan yang berbeza mengikut keberatan kargo yang diangkut oleh trak pikap tersebut. 

Memandangkan trak pikap ini pada asalnya menggunakan elektrik, Elon menambah ia akan turut menampilkan punca kuasa yang membolehkan pemilik menggunakan alatan berkuasa tinggi tanpa memerlukan sebarang generator seperti mana kebiasaan sesebuah trak pikap konvensional. 

Antara ciri keselamatan yang turut dimuatkan pada trak pikap ini termasuklah sistem kamera 360 darjah, sistem sonar dan keupayaan untuk memarkir kenderaan secara automatik. 

Dibina berasaskan Tesla Semi, trak pikap yang masih belum diberikan kod nama ini bakal memuatkan enam orang dewasa dengan selesa, yang mana ia mampu mendefinisikan semula segmen trak pikap yang berada di pasaran pada ketika ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun angka itu mendahului pasaran, ia diberitakan masih lebih rendah dari apa yang dijangkakan…
Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Global
Kini, pembuat kereta elektrik itu telah memanggil semula beberapa kakitangan yang diberhentikan…