Menurut laporan daripada The Sun pada 3 Jun yang lalu, 14 orang termasuk 10 orang kru penggambaran disahkan positif COVID-19 sehingga menyebabkan Tom Cruise terpaksa melakukan kuarantin kendiri.
Ini bukanlah kali pertama produksi penggambaran Mission: Impossible 7 dihentikan. Pada Februari 2020, pihak produksi terpaksa menghentikan segala proses rakaman disebabkan sekatan pergerakan yang dilaksanakan di seluruh Itali.
Terdahulu, The Sun turut melaporkan rakaman yang terbocor mendedahkan Tom Cruise yang juga produser filem ini dikatakan menjerit kepada kru penggambaran yang melanggar prosedur keselamatan COVID-19 dengan tidak mematuhi penjarakan sosial.
Filem Mission: Impossible 7 ditulis dan diarahkan oleh Christopher McQuarrie yang pernah mengarahkan dua filem terdahulu, iaitu Rogue Nation (2015) dan Fallout (2018).
Filem yang bakal ditayangkan pada 27 Mei 2022 ini menampilkan watak utama, Tom Cruise sebagai ejen Ethan Hunt dan dibantu oleh pelakon lain seperti Ving Rhames, Simon Pegg, Rebecca Ferguson dan Vanessa Kirby.
Sumber: The Star