Kumpulan terakhir R8 telah dilancarkan dari barisan pemasangan di kilang Audi Böllinger Höfe di Heilbronn, Jerman.
Epilog supercar itu menampilkan warna Vegas Yellow bersama pakej Performance Quattro Edition yang dilengkapi komponen luaran gentian karbon dan rim 20 bersaiz inci.
Untuk pengetahuan, hayat supercar itu sepatutnya tamat pada akhir tahun 2023, namun telah dilanjutkan sehingga Mac tahun ini disebabkan oleh jumlah permintaan yang meningkat secara tiba-tiba.
Dengan pengakhiran hayat Audi R8, nadi V10 berkuasa yang menjadi kegilaan petrolhead turut akan terkubur bersama nama ikonik itu.
Satu lagi model supercar di bawah Volkswagen Group, iaitu Lamborghini Huracan yang berkongsi asas nadi sama juga akan menerima pengganti serba baharu menjelang akhir tahun ini, sekaligus melenyapkan legasi enjin V10 tersebut.
Pada Jun 2023, Lamborghini menyatakan bahawa mereka memperoleh dana yang mencukupi untuk pembangunan model baharu Huracan tanpa perlu berkongsi kos dengan Audi.
Oleh itu Huracan dijangka menjadi model dengan nadi asli dari Lamborghini dengan tetapan hibrid plug-in yang menampilkan enjin V8.
Untuk Audi R8, tiada khabar baik untuk masa depannya, namun kemunculan semula pastinya sama ada dengan tetapan hibrid atau elektrik sepenuhnya.