Suspek kes paku dipacak atas jalan di Rawang masih diburu

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Berita Harian
Polis masih memburu suspek kes khianat paku yang dipacakkan di bahu Jalan Persiaran Anggun, Bandar Country Homes, di Rawang, Selangor pada 27 April lalu.

Dalam kenyataan Ibu Pejabat Daerah Polis Gombak pada Sabtu memaklumkan siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti dalang perbuatan itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Buat masa ini kes masih dalam siasatan.

“Dan setakat ini masih belum ada tangkapan dan maklumat berkenaan suspek yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian 27 April lalu, seorang lelaki tempatan cedera di tapak kaki kiri dan tangan selepas terpijak paku yang dipacakkan di bahu jalan tersebut

Kejadian sama turut berulang pada keesokan harinya apabila 10 lagi paku dijumpai oleh penduduk dan pengguna di laluan sama.

Lebih mengejutkan, kepingan kaca turut ditabur dan membimbangkan pengguna di laluan itu.

 

BuletinTV3