Suzuki Jimny 2019 akhirnya didedahkan kepada umum

oleh Mohamad Hanif|
Suzuki akhirnya mendedahkan gambaran penuh generasi keempat kenderaan off-road kecil Suzuki Jimny yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan rekaan yang dilihat menyerupai Mercedes-Benz G-Wagen, Suzuki Jimny masih mengekalkan imej kekotakan yang dibawa daripada generasi terdahulu.

 

 

Menurut jurucakap Suzuki, pembangunan model generasi terkini Jimny ini masih mengekalkan fokus kepada ciri asal karakteristik pengendalian off-road yang ikonik kepada Jimny ini.

Terdapat gambar yang diterbitkan oleh Suzuki menunjukkan penggunaan casis jenis ladder frame yang turut mengesahkan penggunaan sistem gantungan jenis three-link rigid axle dan transfer case bagi julat rendah penggunaan gear ketika off-road.

 

 

Bahagian dalaman Jimny juga telah diperbaharui dengan kemasan yang ringkas, moden dan berfungsi dengan penampilan sistem hiburan skrin sentuh di tengah papan pemuka.

Rekaan luaran pula menampakkan pengaruh daripada Mercedes-Benz G-Class dengan penampilan arca roda bersegi dan lampu belakang yang diletakkan pada bahagian bumper.

Sumber dalaman menyatakan Suzuki Jimny bakal menerima nadi enjin turbo tiga silinder 1.0 liter Boosterjet di samping penawaran enjin 1.2 liter aspirasi normal. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia datang dengan kerangka ladder frame dan trenkuasa 4X4 sejati (Suzuki AllGrip Pro 4WD), seperti…
Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…