Suzuki Jimny XC kini boleh 'dipandu' dalam Gran Turismo 7

oleh Mohamad Hanif|
Permainan simulasi perlumbaan Gran Turismo 7 baharu sahaja meluncurkan kemaskini pertama untuk tahun 2024 dengan membawakan tiga model kenderaan baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan SUV off-road kecil, iaitu Suzuki Jimny XC.

Mungkin nampak sedikit aneh, akan tetapi Jimny XC sebenarnya merupakan sebuah SUV kei yang wujud di pasaran Jepun tanpa penambahan pada bahagian arka roda yang lebar.
 

jimny


Ia dibekalkan dengan nadi tiga silinder sebaris bersesaran 658 cc turbo dengan kuasa setinggi 64 PS yang dipadankan dengan sistem pacuan empat roda.

Para pemain GT7 juga kini boleh menyertai acara Jimny Cup di tiga lokasi perlumbaan termasuklah di Sardegna, Willopw Springs International Raceway serta Lake Louise.

Selain daripada Jimny, dua lagi kereta baharu yang turut disertakan ialah kereta konsep Genesis X Berlinetta serta BVLGARI Aluminium Vision Gran Turismo.

Terdapat juga dua Extra Menu yang tersedia di Cafe, iaitu Koleksi Nissan Motorsports (Collector Level 46 dan ke atas) serta Koleksi Dodge (Collector Level 32 dan ke atas).


Suzuki Jimny XC


BVLGARI Aluminium Vision Gran Turismo

 

Genesis X Berlinetta Gran Turismo

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, Gran Turismo menyediakan kemaskini 1.43 yang sedia untuk dimuat turun, menampilkan tiga…
Berita Global
Berbeza dengan versi yang diperlihatkan di Japan Mobility Show tahun lepas, Afeela EV membawakan…
Berita Global
Update 1.40 "Spec II" Gran Turismo 7 ini membawakan tujuh model kereta baharu ke dalam permainan,…