Menurut laporan berita antarabangsa, LG Chem dari Korea Selatan dan VinFast akan membina sebuah kilang bateri usahasama di utara bandar pelabhuan Hai Phong.
Kilang itu dijangka akan menghasilkan pek bateri lithium-ion untuk skuter elektrik VinFast yang sekarang sedang dipasang di kilang VinFast.
Ia juga bakal digunakan untuk kenderaan elektrik yang akan dibina oleh VinFast kelak.
VinFast mahu menjadi pembuat kenderaan pertama Vietnam dan sasaran mereka ialah 250,000 unit setahun.