Mungkin jika disebut mengenai motosikal elektrik, pasti dalam fikiran, bahawa motosikal itu tidak mampu mencapai jarak gerak yang jauh.
Tapi bukan untuk model Felo TOOZ, pengeluar motosikal ini berkata, model ini mampu untuk bergerak sehingga 720km untuk sekali pengecasan.
Untuk sebuah motosikal, ia angka yang sangat besar, kerana kebanyakkan kereta elektrik yang berada di pasaran kini pun hanya mempunyai anggaran jarak sekitar 400 hingga 700km sahaja.
Selain itu, untuk mengikut trend terkini setiap kenderaan yang sudah menggunakan teknologi pek bateri dan elektrik, akan terdapat ciri-ciri menarik untuk menjadi tarikan pembeli.
Pembuat motosikal ini juga menjanjikan ciri-ciri teknologi seperti paparan TFT bersaiz 12 inci yang mempunyai pelbagai pilihan multimedia serta sistem pembesar suara enam saluran.
Tambahan itu, ia turut menampilkan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), ABS dan sistem traction control, dan lebih banyak lagi akan ditampilkan setelah ia tiba ke pasaran.
TOOZ juga menyokong pengecasan pantas DC TYPE2 yang mampu mengecas dari 20 peratus hingga 80 peratus hanya dalam 20 minit.
Apa yang lebih menarik, untuk sebuah motosikal elektrik, ia turut mempunyai teknologi V2L (vehicle-to-load), ini bermaksud, ia mampu menjadi sebuah sumber tenaga elektrik kepada peralatan elektrik.
Smartech ialah salah satu syarikat dalam sektor kenderaan elektrik di Thailand, dengan jenama motosikal elektrik baharunya FELO dan RAPID.
Hasratnya adalah untuk mengadaptasi teknologi digital di atas motosikal dan akan diserapkan ke dalam tawaran masa hadapan daripada Felo dan rakan jenama RAPID.
Ia suatu idea yang baik untuk menghasilkan motosikal di Thailand, kerana kebanyakan pengeluar motosikal terbesar dunia sudah pun mengeluarkan motosikal di sana.
SUMBER : New Atlas