"Bagi kemudahan tambahan, kami turut menyediakan platform seperti Facebook dan Instagram untuk pelanggan melihat model-model yang ditawarkan secara atas talian termasuk melakukan panggilan video yang juga sebagai penyediaan kami ke arah pendigitalan industri automotif," katanya.
Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan, pelanggan yang berminat untuk memandu uji kenderaan yang ditawarkan boleh melakukan temujanji melalui penasihat jualan yang bertugas namun hanya dua orang sahaja boleh berada dalam satu-satu kenderaan itu dalam satu masa.
Terdahulu Kumpulan Automotif Naza juga mengumumkan harga baharu untuk jenama kenderaan pemasangan tempatan dan import edaran mereka di negara ini bersempena dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Naza Automall, PJ ialah ruang pameran automotif terbesar di Malaysia dengan menyediakan pelbagai keperluan dan jenama di bawah satu bumbung yang dibuka Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 6 petang dan pada hujung minggu serta cuti umum dari jam 10 pagi hingga 6 petang.